Kemaskini Pada: 21 Apr 2018
Versi 8.0.4b
Hari Penyerahan Baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
Tarikh : 21 Mar 2018
 

Sri Aman, 17 Mac - Pejabat Residen Bahagian Sri Aman telah memulakan pengagihan baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bermula hari ini. Seramai kira-kira 500 penerima BR1M telah membanjiri perkarangan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman untuk mengambil baucar BR1M mereka. Kaunter pengagihan baucar BR1M dibuka bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kerjasama orang awam dengan pihak PDRM dan kakitangan pada hari ini adalah sangat baik dan proses pengagihan telah berjalan dengan lancar. Penerima baucar BR1M yang tidak berkesempatan untuk hadir pada hari ini boleh datang untuk mengambil baucar mereka pada waktu pejabat sehingga 30 Mac 2018.