Kemaskini Pada: 20 Okt 2017
Versi 8.0.3
Pengumuman
PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN 2017
Dipaparkan pada 12 Oct 2017

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Hari Sukan Negara 2017 Peringkat Bahagian Sri Aman akan diadakan  pada 14 Oktober 2017 (Sabtu) bertempat di Dataran Rusa, Pekan Engkilili, Sri Aman. Hari Sukan Negara 2017 akan disempurnakan oleh YB Datuk William Nyalau ak Badak, Ahli Parlimen P.203 Lubok Antu. Antara aktiviti akan diadakan  ialah Senamrobik, Fun Walk, Sukaneka, Street Soccer, Pertandingan Menyumpit dan Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak). Penduduk Sri Aman dan serta orang ramai dijemput bersama menyertai aktiviti sukan pada sabtu ini. 


ATURCARA PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2017 (14.10.2017)

MASA

ATURCARA

0630

Ketibaan para peserta dan orang ramai

0700

Ketibaan tetamu jemputan

0715

Ketibaan VIP

0730

Senamrobik beramai-ramai

0800

Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sri Aman 2017 oleh

 YB Datuk William Nyalau ak Badak, Ahli Parlimen P.203 Lubok Antu.

0815

Pelepasan peserta “Fun Walk” mengelilingi Pekan Engkilili

 

Pertandingan dijalankan serentak

  • Pertandingan Sukaneka
  • Pertandingan Street Soccer
  • Pertandingan Menyumpit 
  • Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

 

Penyampaian Hadiah kepada pemenang

 

Cabutan Bertuah

 

Jamuan