Kemaskini Pada: 20 Okt 2017
Versi 8.0.3
Peristiwa
Pesta Benak
 

‘Benak’ ialah istilah tempatan Sarawak mengenai kejadian air pasang yang berlaku dengan alunan berombak. ‘Benak’ merupakan satu kejadian yang berlaku akibat keadaan muara sungai yang luas dan dasar sungai yang cetek, di mana permukaan air akan membentuk struktur ombak yang beralun menuju ke bahagian hulu sungai apabila tiba waktu air pasang.

Fenomena ‘benak’ yang berlaku di Batang Lupar merupakan salah satu daripada 60 kejadian ‘benak’ di seluruh dunia. ‘Benak’ Batang Lupar bermula di kawasan Pulau Seduku, di bahagian hulu Pekan Lingga, kira-kira 44.6 km dari muara dan 34.5 km dari bandar Sri Aman.

‘Benak’ mengalun dengan kelajuan sekitar 7 hingga 18 km sejam. Fenomena ini berlaku pada setiap bulan mengikut air pasang besar (King Tide), dan akan melintasi tebingan bandar Sri Aman yang menjadi lokasi utama Pesta Benak.

Antara objektif Pesta Benak Sri Aman ialah:

  1. Untuk menonjolkan ‘Benak Batang Lupar’ sebagai produk pelancongan yang unik di Malaysia, khususnya negeri Sarawak.  
  2. Untuk menganjakkan kedudukan Pesta Benak Sri Aman dalam senarai 10 acara terbaik di negeri Sarawak.  
  3. Untuk mempopularkan bandar Sri Aman sebagai ‘Bandar Benak Malaysia’ sekaligus menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan Sarawak. 
  4. Untuk mengetengahkan keunikan produk tempatan termasuk makanan, kebudayaan, kesenian dan warisan sebagai pakej pelancongan berpotensi. 5.Untuk menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat Sri Aman dan memperkukuhkan Gagasan 1 Malaysia.


Tarikh: 3 - 5 Nov 2017
Tempat: Tebingan Batang Lupar