Kemaskini Pada: 25 Mei 2018
Versi 8.0.4b
Majlis Pelancaran Projek Jalan Dari Bukit Balau ke Banting
Tarikh : 02 May 2018
 

 

Sri Aman - Majlis Pelancaran Projek Jalan Dari Bukit Balau ke Banting telah diadakan di Rumah Gerunsin, Banting, Sri Aman pada 2 Mei 2018. Majlis tersebut disempurnakan YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing. Majlis tersebut  turut dihadiri oleh YB Dato' Masir Kujat, YB Snowdan Lawan, Datu Jaul Samion, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Encik Philip Peter Salam, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Tarian Ngajat dan acara persembahan nyanyian oleh penduduk tempatan. Selain itu juga, YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing turut melawat Sekolah Kebangsaan St. Paul, Banting sebelum menghadiri Majlis Pelancaran tersebut.