Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sri Aman
Piagam Pelanggan


PIAGAM PELANGGAN

PEJABAT DAERAH LUBOK ANTU BERILTIZAM UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG CEKAP, BERKESAN DAN MESRA KEPADA PELANGGAN DENGAN :


1.Probet / Surat Kuasa Mentadbir (LA) akan dikeluarkan dalam tempoh empat   belas (14) hari bekerja.

2. Bagi permohonan Probet / Surat Kuasa Mentadbir (LA) yang melibatkan agensi  / jabatan lain, tempoh bermula setelah mendapat maklumbalas daripada agensi / jabatan yang berkaitan.

3.Permohonan Sijil Pendaftaran Anak Angkat yang diterima akan disiapkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

4.Permohonan baru untuk Pendaftaran Nama-nama Perniagaan dan Pengeluaran Lesen Perdagangan akan diputuskan dalam tempoh empat belas (14) hari dengan syarat maklumbalas daripada semua agensi-agensi yang dirujuk, sudah diperolehi.

5.Urusan Pembaharuan, Pengeluaran Ekstrak dan Pindaan Butir-butir akan disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dengan syarat semua dokumen-dokumen yang disertakan adalah lengkap.

6.Permohonan Pembatalan Lesen Perdagangan akan disiapkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

7.Pendaftaran Kes-kes Mahkamah Bumiputera akan disiapkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

8.Permohonan Pengeluaran Permit Pembelian Peluru untuk senapang patah (shotgun) akan disiapkan serta merta.

9.Pengeluaran Lesen bagi Pindah Hakmilik Senapang Patah yang telah diluluskan oleh Residen akan disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

10.Resit Pembayaran / Pungutan akan dikeluarkan serta merta bagi semua pembayaran / pungutan hasil daripada orang awam.

11.Permohonan untuk menandatangani Surat Akuan Berkanun di hadapan Majistret akan dilakukan serta merta.