SIMANGGANG: Dua kenderaan terbabas ke dalam parit selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran simpang Sri Jaya, Jalan Sri Aman-Serian, pagi tadi.
Ketua Bomba dan Penyelamat Sri Aman William Baheng berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira 7.38 pagi itu melibatkan Perodua Axia bewarna merah dan Toyota Fortuner hitam.
“Ketika bantuan pasukan Bravo Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman sampai, kedua-dua kenderaan terbabas ke dalam parit dengan Axia dalam keadaan terbalik.
DUA kenderaan terbabas berhampiran simpang Sri Jaya, Jalan Sri Aman-Serian, pagi tadi.
“Bagaimanapun, kedua-dua pemandu selamat dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dihubungi, hari ini.
Bomba jelasnya selepas itu, menghantar kedua-dua pemandu ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.
Difahamkan salah seorang daripadanya mengalami kecederaan pada bahagian kaki.
DUA kenderaan terbabas berhampiran simpang Sri Jaya, Jalan Sri Aman-Serian, pagi tadi.
Sebelum pulang, William menambah pihaknya membuat pemeriksaan dan penilaian di tempat kejadian bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.
Operasi tamat 8.15 pagi. |