Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

Berita

COVID-19: Majoriti kes tergolong kategori satu dan dua
Tarikh : 17 Sep 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Sarawak merekodkan 3,660 kes baharu COVID-19 hari ini dengan 99.97 peratus atau 3,659 merupakan kategori satu dan dua manakala 0.03 peratus atau satu kes kategori 5.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan 2,862 atau 78.2 peratus kes baharu hari ini adalah kategori satu (tidak bergejala), 797 (21.78 peratus) kategori 2 (gejala ringan) dan satu kes kategori 5 (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

“Kuching terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi hari ini, iaitu 1,541 kes diikuti Samarahan (268), Sibu (255), Serian (245), Bintulu (219), Miri (189), Bau (159), Asajaya (127), Lundu (99), Sri Aman (79), Kapit (68), Betong (53), Simunjan (46), Tebedu (46) dan Limbang (34).

“Daerah-daerah lain melaporkan kes baharu hari ini ialah Song (27), Lubok Antu (25), Meradong (18), Subis (18), Sarikei (16), Belaga (16), Lawas (15), Kabong (14), Tatau (14), Julau (12), Matu (8), Telang Usan (7), Dalat (6), Pusa (5), Marudi (4), Saratok (3), Beluru (3),Bukit Mabong (3),Kanowit (2), Sebauh (2) dan Pakan (1),” katanya menerusi kenyataan.

JPBNS turut memaklumkan lima lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID -19 di Sarawak setakat ini, 656.

Kes ke 652 melibatkan seorang wanita, 67 tahun dari Sibu, disahkan positif COVID-19 pada 2 September 2021.Mangsa juga mempunyai ko morbid penyakit kencing manis, asma, penyakit buah pinggang kronik dan penyakit hati kronik.

Kes ke 653 juga wanita, 65 tahun dari Kuching. Mangsa disahkan positif COVID-19 pada 9 September 2021 dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, dyslipidemia dan kancer.

“Kes kematian ke-654 dari Sibu, wanita berumur 72 tahun, disahkan positif COVID-19 pada 10 September 2021 mangsa mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi.

“Kes ke- 655 pula lelaki, 39 tahun dari Mukah, disahkan positif pada 11 September 2021 dan mangsa ada penyakit paru-paru kronik dam auto-imun manakala kes ke 656 dari Mri membabitkan lelaki 78 tahun mangsa mempunyai komorbid kanser,” jelasnya.