Berita

Projek Pembinaan Kompleks Islam Sri Aman Akan Dibina Pada Februari 2021, Ikon Terbaru Tarikan Di Sri Aman
Tarikh : 23 Dec 2020  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 
Projek Pembinaan Kompleks Islam Sri Aman Akan Dibina Pada Februari 2021, Ikon Terbaru Tarikan Di Sri Aman
RABU, 23 DISEMBER 2020
KUCHING: Projek Pembinaan Kompleks Islam Sri Aman yang berkeluasan 6.37 ekar di bandar Sri Aman berdekatan dengan tebingan Sungai Sri Aman akan dimulakan pada bulan Februari 2021.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri, pembinaan Kompleks Islam Sri Aman ini melibatkan dua fasa di mana fasa pertama melibatkan pembinaan bangunan pejabat 7 tingkat dan fasa kedua pembinaan 32 unit kedai 3 tingkat. 
“Kerja-kerja pembinaan Kompleks Islam Sri Aman Fasa Pertama mengambil masa selama 30 bulan untuk disiapkan melibatkan pembinaan pejabat 7 tingkat manakala Fasa Kedua pula membabitkan pembinaan 32 unit kedai 3 tingkat. 
“Pembinaan Kompleks Islam Sri Aman ini tertangguh beberapa tahun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
“Bagaimanapun, penantian ini akhirnya terjawab apabila kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada Februari 2021,” katanya. 
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat Status terkini Projek Kompleks Islam Sri Aman di Baitulmal, di sini pada Rabu. 
Majlis Peletakan Batu Asas Kompleks Islam Sri Aman ini telah disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 2015. 
Dalam pada itu, Simoi turut memberitahu Baitulmal akan mempertimbangkan permohonan untuk menjadikan kawasan tempat letak kereta di Kompleks Islam Sri Aman itu nanti sebagai tempat atau ruang berniaga seperti pasar malam bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi di kawasan tersebut.
“Lokasi ini sesuai untuk dijadikan kawasan perniagaan seperti pasar malam bagi peniaga-peniaga kecil di Sri Aman.
“Keindahan warna-warni lampu bangunan dan lokasinya yang sesuai di tebingan Sungai Sri Aman, Kompleks Islam Sri Aman itu nanti dapat dijadikan ikon baharu di Sri Aman.
“Ini secara tidak langsung dapat menjadi tarikan baharu kepada pengunjung untuk datang ke Sri Aman,” ujarnya. 
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Baitulmal Sarawak di atas perkembangan terbaru ini yang pastinya memberi berita baik kepada penduduk dan masyarakat Islam di Sri Aman.
Hadir sama Penolong Pegawai Syariah (PAIB Sri Aman) Helmi Nahrawi, Pegawai Daerah Sri Aman Mohd Asree Wee, Temenggong Mohd Shah Achang, Pemanca Mas Shamsiah Maslem, Penghulu Wan Amit Wan Kamil dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Sri Aman. -EDISI UKAS