Berita

Sambutan Pra-Krismas Aktiviti Tahunan DUN Lingga
Tarikh : 19 Dec 2020  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

Sambutan Pra-Krismas Aktiviti Tahunan DUN Lingga

19 DISEMBER 2020

SRI AMAN : Sudah menjadi aktiviti tahunan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga dalam mengadakan Sambutan Pra-Krismas, namun penganjuran kali ini membawa sedikit kelainan apabila pengisian program merangkumi sesi ceramah khas daripada seorang penceramah bebas, Dr. Safie Lugom, khas buat penduduk rumah panjang disitu.

Hadir merasmikan sambutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga,Simoi Peri yang menyokong penuh inisiatif sedemikian bagi mendekatkan diri dengan rakyat khususnya masyarakat kaum Iban.

Semasa berucap, beliau telah berkongsi mengenai beberapa perancangan projek dan bantuan yang diperuntukkan kerajaan buat penduduk di kawasan berkenaan, termasuk mengajak warga emas yang layak, mengisi borang Kenyalang Gold Card (KGC).

Selain itu, beliau turut menyampaikan geran kerajaan bernilai RM3,000 kepada JKKK Rh. Mara manakala RM2,000 kepada Biro Wanita Rh. Mara, termasuk menyumbangkan kerusi sebanyak 300 unit kepada Dewan Sri Nangkai, Stumbin. -EDISI UKAS