Tiga Gereja Di Sri Aman Terima Bantuan Dana UNIFOR |
Tarikh : 05 Dec 2020 Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak |
Tiga Gereja Di Sri Aman Terima Bantuan Dana UNIFORSABTU, 5 DISEMBER 2020 SRI AMAN : Penyampaian cek peruntukan dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada tiga gereja di Sri Aman telah disempurnakan oleh Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis. Di antara penerima peruntukan kali ini ialah Gereja St Luke dengan dana sebanyak Rm300,000 dan Rm200,000 masing masing kepada Gereja St Lawrence Sabu dan Gereja Methodist Jalan Paya. Berucap ringkas dalam program itu, beliau memberitahu, Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai unit untuk agama lain selain dari agama islam. Jelasnya, keistimewaan itu harus disyukuri dan dipertahankan oleh semua penggiat agama. -EDISI UKAS |