Berita

Latihan Simulasi Di Sri Aman Bagi Hadapi Monsun Timur Laut
Tarikh : 16 Dec 2020  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

Latihan Simulasi Di Sri Aman Bagi Hadapi Monsun Timur Laut

RABU, 16 DISEMBER 2020

SRI AMAN: Kesiapsiagaan yang tinggi dalam menghadapi monsun timur laut adalah amat penting bagi menghadapi fenomena alam tersebut.

Justeru, satu latihan simulasi pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) secara norma baru COVID-19 dalam menghadapi monsun timur laut peringkat daerah Sri Aman 2020 telah diadakan di Dewan Melugu Skim, Sri Aman pada Selasa.

Simulasi itu dianjurkan mengikut susun atur perjalanan simulasi berdasarkan situasi sebenar adalah untuk memberi pendedahan kepada ketua-ketua masyarakat dan ketua kaum kepada siapa mereka harus berhubung sekiranya berlaku sebarang bencana.

Dimaklumkan sebanyak 30 PPS di Daerah Sri Aman telah dikenal pasti dan bagi mangsa yang disyaki bergejala COVID-19 akan diasingkan sementara menunggu keputusan dan mangsa akan dibawa ke tempat kuarantin.-EDISI UKAS