Tragedi Jeti Triso: Jenazah enam mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad |
Tarikh : 03 Jan 2021 Sumber Berita: Berita RTM |
Tragedi Jeti Triso: Jenazah enam mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad
SRI AMAN, 3 Jan - Jenazah enam mangsa Tragedi Jeti Triso, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Sri Aman, Sarawak. Manakala, mendiang Lorna Ting, 33 tahun dan dua anaknya Wallace Phang, 7 tahun dan Alvin Phang, 12 tahun, akan disemadikan di Nirvana Memorial Park, Jalan Sibu-Bintulu. Kesemua enam jenazah yang dibawa dari Hospital Sri Aman tiba di tanah perkuburan pada PUKUL 5 PETANG selepas proses bedah siasat selesai. Bagaimanapun, kenderaan itu tiba-tiba meluncur ke arah sungai lalu terjunam dalam arus yang agak deras. |