Berita

JKM Serah Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Di Kampung Hilir Sri Aman
Tarikh : 17 Jan 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

JKM Serah Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Di Kampung Hilir Sri Aman

AHAD, 17 JANUARI 2021

SRI AMAN: Kejadian kebakaran tengah hari semalam di Kampung Hilir, Sri Aman telah memusnahkan empat buah rumah dan menyebabkan tujuh sekeluarga kehilangan tempat tinggal.

Justeru, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman telah menyampaikan bantuan bekalan makanan asas kepada mangsa kebakaran berkenaan yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri pada Ahad.

Dalam pada itu, penduduk kampung juga turut dilihat menyumbang pelbagai sumbangan seperti makanan dan barangan terpakai kepada mangsa berkenaan.

Simoi juga menyeru agar lebih ramai penduduk untuk sama-sama membantu memberikan sumbangan kepada mangsa yang terjejas.

“Saya merayu penduduk setempat yang berkemampuan memberi sumbangan untuk membina rumah mereka dengan menyumbang bahan binaan seperti atap, kayu, simen dan sebagainya untuk tindakan segera,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan JKM Bahagian Sri Aman kepada mangsa kebakaran di Kampung Hilir pada Ahad.

Ini tambahnya, ia adalah bagi mempercepatkan proses membina baharu rumah mangsa. -EDISI UKAS

RELATED POSTS