Berita

Penunggang motosikal maut kemalangan
Tarikh : 18 Jan 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

Penunggang motosikal maut kemalangan

  •  2021-01-18T00:30:02+08:00
 Mangsa maut dalam kemalangan kendiri di Jalan Peruan A, Sri Aman malam kelmarin.MAUT: Mangsa maut dalam kemalangan kendiri di Jalan Peruan A, Sri Aman malam kelmarin.

 

SRI AMAN: Seorang lelaki maut di tempat kejadian selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Peruan A, di sini malam kelmarin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata dalam kejadian jam 7.37 malam itu, mangsa dikenali sebagai Hamidi Chek, 46, dijumpai terbaring berhampiran motosikalnya oleh orang awam di kawasan terbabit.

Menurutnya, selepas dimaklumkan orang awam sepasukan anggota APM Sri Aman dikerah ke lokasi kejadian membantu membawa mangsa ke Hospital Sri Aman.

“Setibanya pasukan kami di lokasi mendapati seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Setelah diperiksa oleh pasukan perubatan Hospital Sri Aman yang turut berada di lokasi kejadian, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” jelasnya.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.