Berita

Kluster Bintang Daily dikesan di daerah Meradong
Tarikh : 01 Feb 2021  Sumber Berita: Suara Sarawak
 

Kluster Bintang Daily dikesan di daerah Meradong

KUCHING: Jabatan Kesihatan Sarawak mengisytiharkan satu lagi kluster baharu di negeri ini iaitu Kluster Bintang Daily di daerah Meradong.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kluster komuniti dari Bahagian Sarikei itu melibatkan kontak keluarga dan kontak tempat kerja kepada kes indeks iaitu kes ke-3,612.

“Kes indeks ini merupakan seorang lelaki rakyat Sarawak yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Bintangor pada 23 Januari lalu.

“Keputusan ujian rT-PCR kes mendapati kes positif Covid-19 pada 26 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Susulan daripada itu, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri memberitahu, pengesanan secara aktif kepada ahli keluarga dan tempat kerja kepada kes ini telah mengesan tambahan tujuh kes positif Covid-19 baharu.

Katanya, ini sekali gus menjadikan terdapat 12 kluster Covid-19 yang masih aktif di seluruh Sarawak setakat hari ini.