Berita

Datuk Amar Jaul Tinjau Perkembangan Projek Penambahbaikan Fasiliti Di Wisma Bapa Malaysia
Tarikh : 01 Feb 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

Datuk Amar Jaul Tinjau Perkembangan Projek Penambahbaikan Fasiliti Di Wisma Bapa Malaysia

ISNIN, 1 FEBRUARI 2021

KUCHING: Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion telah melakukan tinjauan ke atas Projek Penambahbaikan Fasiliti di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Projek tersebut kini sedang dalam pembinaan dan sehingga 31 Januari 2021 pelaksanaan telah mencapai 87. 2 peratus.

Bangunan baharu itu akan menempatkan beberapa blok termasuk kemudahan pakir berbumbung, tempat pemeriksaan keselamatan, ruang rehat pemandu, selain kantin dan surau.

Datuk Amar Jaul kemudian turut diberi penerangan ringkas mengenai perkembangan projek selain isu berkaitan. -EDISI UKAS