Berita

KPM Akan Umumkan Seminggu Pembukaan Sekolah
Tarikh : 01 Feb 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

KPM Akan Umumkan Seminggu Lebih Awal Pembukaan Sekolah

ISNIN, 1 FEBRUARI 2021

KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal tarikh pembukaan sekolah sekiranya institusi pendidikan itu sedia untuk dibuka semula secara bersemuka. 

Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, permakluman mengenai keputusan pembukaan semula sekolah itu akan dibuat mengikut ketetapan yang dilakukan sebelum ini.

“Ada yang bertanya tentang status pembukaan semula sekolah bagi sesi bersemuka untuk murid bukan kelas peperiksaan. 

“Seperti dinyatakan sebelum ini, permakluman keputusan pembukaan semula sekolah secara bersemuka akan dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ciapan di Twitter pada Ahad. -EDISI UKAS