Berita

37 Mangsa Terjejas Akibat Banjir, PPS Di Kampung Entangor Akan Dibuka
Tarikh : 05 Feb 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

37 Mangsa Terjejas Akibat Banjir, PPS Di Kampung Entangor Akan Dibuka

KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021

SEBUYAU : Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Kampung Entangor akan dibuka bagi menempatkan keluarga yang terjejas akibat banjir.

Hal yang demikian berikutan hujan lebat yang berterusan sejak Selasa mengakibatkan beberapa buah kampung termasuk kediaman penduduk dinaiki air.

Berdasarkan tinjauan pihak RELA dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) setakat jam 8 pagi Khamis, sebanyak 37 mangsa banjir daripada 11 buah keluarga kini telah dikumpulkan di jalan besar kampung tersebut.-EDISI UKAS