Berita

Banjir: PPS Dewan Masyarakat Lubok Buntin, Simunjan Dibuka Semula
Tarikh : 05 Feb 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

Banjir: PPS Dewan Masyarakat Lubok Buntin, Simunjan Dibuka Semula

KHAMIS, 4 FEBRUARI 2021

GEDONG: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Kampung Lubok Bunti dibuka semula selepas ditutup pada Isnin.

Ia selepas beberapa buah kampung dan rumah di kawasan itu dinaiki air berikutan hujan sejak yang turun sejak semalam.

Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), setakat jam 12 tengahari tadi, sebanyak lima buah keluarga yang terdiri daripada 21 mangsa dari Kampung Lubok Buntin dan Kampung Benat telah dipindahkan ke PPS tersebut.-EDISI UKAS