Berita

Daerah Beluru kembali berstatus Merah
Tarikh : 05 Feb 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

Daerah Beluru kembali berstatus Merah

  •  2021-02-04T18:20:02+08:00
Peta menunjukkan zon COVID-19 di Sarawak.Peta menunjukkan zon COVID-19 di Sarawak.

KUCHING: Daerah Beluru di Bahagian Miri kembali berstatus Merah selepas merekodkan 96 kes jangkitan tempatan COVID-19 dalam tempoh 14 hari lepas. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata hari ini sahaja sebanyak 74 kes positif baharu COVID-19 direkodkan di daerah ini. 

Daripada 74 kes yang dikesan hari ini katanya, 55 kes melibatkan Kluster Pasai, 18 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19 dan satu kes melibatkan Kluster Rakut. 

“Daerah Matu, Sri Aman dan Selangau pula bertukar status daripada Kuning kepada Jingga selepas masing-masing merekodkan sejumlah 25, 28 dan 23 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas. 

“Daerah Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,882 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan daerah ini,” katanya pada sidang media hari ini. 

Uggah yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menambah empat daerah iaitu Bau, Lundu, Subis dan Betong kekal berstatus Jingga dengan 111 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh yang sama. 

Manakala Daerah Sarikei, Daro, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, Sarikei, Limbang dan Samarahan kekal berstatus Kuning. 

Sembilan daerah iaitu Asajaya, Limbang, Tanjung Manis, Tebedu, Mukah, Pusa, Saratok, Kabong dan Marudi kekal berstatus Hijau.