KPDNHEP Sri Aman buat pemantauan barangan |
Tarikh : 08 Feb 2021 Sumber Berita: Sarawak Voice |
KPDNHEP Sri Aman buat pemantauan baranganSIMANGGANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sri Aman telah melakukan pemantauan pada Sabtu bagi memastikan tiada aktiviti memanipulasi harga sehingga membebankan pengguna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Sepanjang pemantuan mendapati kesemua premis perniagaan di situ mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kadar harga yang telah ditetapkan. Pemeriksaan ini turut termasuk harga telefon, komputer, printer dan alat elektronik lain. Selain itu, bekalan makanan asas seperti gula dan beras masih mencukupi dan didapati tiada pembelian panik dilakukan. |