PKPD: Pengedaran Kit Makanan Di Kampung Sebako, Lundu |
Tarikh : 08 Feb 2021 Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak |
PKPD: Pengedaran Kit Makanan Di Kampung Sebako, LunduAHAD, 7 FEBRUARI 2021 LUNDU: Sebanyak 177 set kit makanan diedarkan kepada penduduk Kampung Sebako 1 dan Kampung Sebako 2 di sini pada Sabtu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan sejak 6 Februari lepas. Pengedaran kit makanan tersebut adalah bagi memastikan semua penduduk yang terjejas menerima bekalan makanan yang mencukupi. Ini susulan mereka tidak dibenarkan keluar dari kampung berkenaan sehingga arahan PKPD dijangka berakhir pada 19 Februari depan. Semua kit makanan berkenaan telah diedarkan oleh Pejabat Daerah Lundu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lundu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Lundu dan Angkatan Pertahanan Awam Lundu. -EDISI UKAS |