Berita

40 Premis Perniagaan Di Sri Aman Diperiksa Bagi SHMMP Tahun Baru Cina 2021
Tarikh : 10 Feb 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

40 Premis Perniagaan Di Sri Aman Diperiksa Bagi SHMMP Tahun Baru Cina 2021

RABU, 10 FEBRUARI 2021

SRI AMAN: Sebanyak 40 buah premis perniagaan di sekitar bandar Sri Aman diperiksa sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh empat anggota penguatkuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sri Aman juga meliputi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perniagaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua premis perniagaan yang menjual barang di bawah SHMMP Tahun Baru Cina 2021 mematuhi harga yang ditetap kerajaan.

Selain itu, bekalan gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, ayam, sayur-sayuran, telur, bawang, cecair pencuci tangan dan pelitup muka adalah mencukupi.

Premis yang diperiksa juga membuat penandaan harga pada setiap barangan yang dijual dengan tanda harga yang jelas dan memuaskan. -EDISI UKAS