Berita

Kakitangan Pejabat Residen Sri Aman Gotong Royong Cegah Penularan COVID-19
Tarikh : 11 Feb 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

Kakitangan Pejabat Residen Sri Aman Gotong Royong Cegah Penularan COVID-19

KHAMIS, 11 FEBRUARI 2021

SRI AMAN: Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, warga Pejabat Residen Sri Aman mengambil inisiatif melakukan program gotong-royong di kawasan luar dan dalam pejabat berkenaan pada Khamis.

Pada masa sama, ia adalah untuk menjaga kebersihan persekitaran dan juga keceriaan di sekitar kawasan Pejabat Residen Sri Aman.

Para pelanggan yang berurusan dengan kakitangan pejabat juga dihendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
Share With Whatsapp