Berita

Covid-19: Status daerah-daerah di Sarawak
Tarikh : 14 Feb 2021  Sumber Berita: Sarawak Voice
 

Covid-19: Status daerah-daerah di Sarawak

-
 @news
 -
February 14, 2021

KUCHING: Hari ini Daerah Bau kembali  ke status kuning dari status jingga setelah merekodkan hanya 16 kes tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Daerah Samarahan pula telah bertukar status dari kuning  ke status jingga setelah merekodkan sebanyak 27 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14  hari yang lepas.

“Daerah Julau, Subis, Lundu, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus merah dengan sejumlah 1,896 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sebelah buah daerah  ini dalam tempoh 14 hari yang lepas,” kata kenyataan itu.

Katanya, Daerah Sri Aman juga kekal berstatus jingga dengan 32 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Matu, Selangau, Kuching, Betong, Saratok, Sarikei, Sebauh, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, dan Meradong kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 136 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, 12 daerah lain kekal berstatus hijau.