Berita

COVID-19: 246 kes baharu di Sarawak, jumlah kumulatif kini 6,832
Tarikh : 15 Feb 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

COVID-19: 246 kes baharu di Sarawak, jumlah kumulatif kini 6,832

  •  2021-02-15T18:22:24+08:00
Uggah (dua kanan) dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian (dua kiri) menerima taklimat daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zing Hing (kiri) di bangunan lama Dewan Undangan Negeri hari ini. - Gambar oleh Chimon UponUggah (dua kanan) dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian (dua kiri) menerima taklimat daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zing Hing (kiri) di bangunan lama Dewan Undangan Negeri hari ini. - Gambar oleh Chimon Upon


KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 246 kes positif baru COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kini berjumlah 6,832.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daripada jumlah 246 kes baharu hari ini, 171 kes dikesan Sibu, Kapit (22), Julau (21), Samarahan (12), Kuching (lapan), Bintulu (enam), Tatau (dua), Miri (dua) dan satu masing-masing di Dalat dan Bau.

"Daerah Sibu hari ini merekodkan jumlah tertinggi iaitu 171 kes, 164 daripadanya merupakan individu disaring melalui pengesahan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

"Tujuh lagi kes dari lain-lain saringan yang dilakukan di pusat kesihatan di daerah Sibu," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di bangunan lama Dewan Undangan Negeri hari ini.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata 22 kes di daerah Kapit dengan 12 melibatkan Kluster Pasai, sembilan individu disaring melalui pengesanan kes secara aktif manakala satu kes lain-lain saringan di pusat kesihatan di daerah tersebut.

Bagi kes baharu COVID-19 dikesan di Julau, beliau berkata 21 kes direkodkan melibatkan Kluster Nanga Lijan.

"Manakala di Daerah Samarahan, 12 kes yang direkodkan hari ini melibatkan individu disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif.

"Lapan kes baharu dikesan hari ini, tujuh individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif dan satu kes merupakan saringan kesihatan di fasiliti kesihatan di daerah Kuching...Kes dikategorikan sebagai kes Import C iaitu mendapat jangkitan dari Sibu," katanya.

Uggah berkata enam daripada kes baru COVID-19 dikesan di Bintulu hari ini, lima melibatkan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19 dan satu kes kluster Rakut.

Manakala dua kes dikesan di Daerah Tatau pula katanya dikesan daripada lain-lain saringan individu hadir di pusat kesihatan di Daerah Tatau.

"Miri hari ini juga merekodkan dua kes baru, melibatkan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

"Di Dalat satu kes melibatkan Kluster Pasai dan di daerah Bau, satu kes membabitkan Kluster Tabong," katanya.

Sementara itu Uggah berkata terdapat 253 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, iaitu dari Hospital Miri (91), Hospital Sibu (71), Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di bawah Hospital Kapit (48), Hospital Umum Sarawak (32), Hospital Bintulu (10) dan Hospital Sarikei (satu). 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 4,954 orang atau 72.51 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak, tambahnya.

Manakala jumlah kes aktif masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan seramai 1,789 orang.

Hospital Sibu katanya merekodkan jumlah kes aktif tertinggi iaitu Hospital Sibu (910), Hospital Miri (361), Hospital Kapit (162), Hospital Bintulu (138), Hospital Umum Sarawak (136), Hospital Sarikei (76), Hospital Limbang dan Hospital Saratok masing-masing dua kes manakala Hospital Sri Aman dan PKRC Lawas masing-masing satu kes.

"Hari ini 246 kes orang disyaki (PUI) COVID-19) baru dilaporkan dan satu PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal," katanya.