Berita

Rakyat Sarawak, bersedialah untuk divaksin mulai akhir bulan ini
Tarikh : 17 Feb 2021  Sumber Berita: Sarawak Voice
 


Rakyat Sarawak, bersedialah untuk divaksin mulai akhir bulan ini

-
 @news
 -
February 17, 2021

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk  Sri Dr Sim Kui Hian berkata pekerja warga asing di Sarawak akan diberikan vaksin Covid-19 sama seperti rakyat negeri ini dalam usaha untuk mewujudkan kekebalan kelompok dan memhendung penularan  Covid-19, sekali gus melindungi rakyat Sarawak daripada dijangkiti virus maut itu.

Bagaimanapun tegas  beliau  warganegara akan  diutamakan  dan didahulukan dalam program vaksinasi berkenaan.

Menjelaskan demikian melalui satu hantaran di Facebooknya, beliau berkata Kerajaan Sarawak mensasarkan untuk melancarkan fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi Covid-19  serentak kepada lebih dua juta rakyat pada tahun ini.

Ujarnya, fasa pertama program imunisasi akan diadakan bermula hujung bulan ini hingga April kepada 97,000 orang petugas barisan hadapan.

Manakala fasa kedua dan ketiga akan diadakan pada penghujung Mac hingga Ogos tahun ini kepada masing-masing 929,000 individu kumpulan berisiko tinggi dan 992,000 mereka yang berusia 18 tahun ke atas.