Berita

Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Persatuan Jatti Miriek Miri
Tarikh : 17 Feb 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Persatuan Jatti Miriek Miri

RABU, 17 FEBRUARI 2021

KUCHING : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Jatti Miriek Miri yang diketuai Presidennya, Datuk Abdillah Abdul Rahim beserta Ahli Jawatankuasa Persatuan di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya pada Rabu.

Ketika ditemui, Datuk Abdillah memberitahu, kunjungan tersebut bertujuan menyampaikan 3 buah buku yang telah dihasilkan persatuan itu yang bertajuk ‘Bup Iddeh Itai’ yang merupakan Daftar Kata Bahasa Miriek, Buku Seni Ukuran Kubur dan Buku Adat Isitiadat Perkahwinan Miriek.

Dalam kunjungan tersebut turut diserahkan cenderamata hasil daripada koperasi Persatuan Miriek sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Menteri.-EDISI UKAS