Berita

UTC Sarawak Ditutup Pada 18 Februari Bagi Kerja Sanitasi Awam, Penutupan UTC Sibu Dilanjutkan Hingga 1 Mac 2021
Tarikh : 17 Feb 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

UTC Sarawak Ditutup Pada 18 Februari Bagi Kerja Sanitasi Awam, Penutupan UTC Sibu Dilanjutkan Hingga 1 Mac 2021

RABU, 17 FEBRUARI 2021

KUCHING: Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching akan ditutup pada Khamis, 18 Februari 2021.

Bahagian Service Sarawak dari Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri, Jabatan Ketua Menteri dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook pada Rabu berkata, penutupan sehari itu bagi membolehkan kerja sanitasi awam diadakan. 

“UTC Sarawak (Kuching) akan ditutup pada esok (Khamis), 18 Februari 2021 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi bangunan UTC Sarawak (Kuching). 

“Semua perkhidmatan yang terdapat di UTC Sarawak (Kuching) tidak akan beroperasi pada tarikh tersebut.

“UTC Sarawak (Kuching) akan beroperasi seperti biasa pada 19 Februari 2021 (Jumaat),” katanya. 

Sementara itu, penutupan operasi semua perkhidmatan awam termasuk Pusat Perkhidmatan Service Sarawak di UTC Sibu dilanjutkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 1 Mac 2021.

Terdahulu, UTC Sibu telah ditutup operasinya sementara selepas Bahagian Sibu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 30 Januari 2021 susulan peningkatan mendadak penularan wabak pandemik COVID-19. -EDISI UKAS