Berita

Sri Aman kembali berstatus Kuning
Tarikh : 18 Feb 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

Sri Aman kembali berstatus Kuning

  •  2021-02-18T17:48:40+08:00
Peta menunjukkan zon COVID-19 di Sarawak.Peta menunjukkan zon status COVID-19 di Sarawak.


KUCHING: Daerah Sri Aman kembali ke status Kuning daripada Jingga hari ini selepas merekodkan hanya 16 kes jangkitan tempatan COVID-19 dalam tempoh 14 hari lepas. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata hari ini terdapat empat kes positif COVID-19 dikesan di daerah ini hasil saringan pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif. 

“Daerah Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2,157 kes jangkitan tempatan dilaporkan di 12 daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas.  

“Daerah Lundu kekal berstatus Jingga dengan 28 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas,” katanya menambah hari ini tiada kes positif baharu dikesan di daerah ini. 

Tambah JPBNS selain Sri Aman, 14 lagi daerah lain kekal berstatus Kuning iaitu Bau, Matu, Selangau, Betong, Saratok, Sarikei, Sebauh, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga dan Meradong. 

Manakala 12 daerah lagi iaitu Daro, Simunjan, Lubok Antu, Telang Usan, Asajaya, Limbang, Tanjung Manis, Tebedu, Mukah, Pusa, Kabong dan Marudi kekal berstatus Hijau. 

Mengenai klsuter aktif, terdapat 22 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak hari ini. 

Kluster masih aktif Kluster Jan Yong, Kapit; Kluster Geronggang, Sibu; Kluster Mas Merah, Sibu; Kluster Univista, Samarahan; Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching; Kluster Gelong, Kapit; Kluster Kidurong Dua, Bintulu dan Kluster Nanga Lijan, Julau. 

Juga masih aktif Kluster Seruas, Bintulu; Kluster Sebangkoi, Sri Aman; Kluster Jun Heng, Bintulu; Kluster Bintang Daily, Meradong; Kluster Jalan Pengiran, Matu; Kluster Tabong, Bau; Kluster Indah Riang, Kuching dan Kluster Bedayan, Serian. 

Lagi kluster aktif Kluster Rakut, Miri; Kluster Bukit Sekubong, Sebauh; Kluster Pasai, Sibu, Sub-Kluster Tangap (Subis); Kluster Bah Sayap, Miri dan Kluster Stutong di Kuching.