Berita

JKN Sarawak Kenal Pasti Kluster Baharu Jalan Muhibbah, Betong
Tarikh : 23 Feb 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

JKN Sarawak Kenal Pasti Kluster Baharu Jalan Muhibbah, Betong

SELASA, 23 FEBRUARI 2021

KUCHING: JPBN Sarawak memaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu kluster baharu di Daerah Betong iaitu Kluster Jalan Muhibbah. 

Dalam kenyataannya pada Selasa, ini merupakan kluster komuniti yang berlaku di sebuah rumah kediaman, Jalan Muhibbah di Bandar Betong melalui perhimpunan sosial persendirian pada 10 Februari 2021. 

“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke- 7,407 iaitu seorang lelaki berumur 50 tahun warga tempatan (Sarawak) yang dikesan melalui saringan bergejala pada 16 Februari 2021. 

“Kes indeks ini mula mengalami gejala pada 14 Februari 2021 dan hasil saringan dan pengesanan kontak rapat, tambahan 17 kes positif COVID-19 baharu telah dikesan. 

“Sejumlah 110 individu telah disaring di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes 45 individu negatif, dan 47 individu masih menunggu keputusan. 

“Kesemua 18 kes tersebut telah dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya. 

Sementara itu, sehingga kini 25 kluster COVID-19 masih aktif di Sarawak. -EDISI UKAS