Berita

53 Masyarakat Cina Di Pekan Simunjan Terima Tangki Air
Tarikh : 23 Feb 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

53 Masyarakat Cina Di Pekan Simunjan Terima Tangki Air

SELASA, 23 FEBRUARI 2021

SIMUNJAN: Seramai 53 orang masyarakat Cina di sekitar Pekan Simunjan menerima tangki air sumbangan Kerajaan Sarawak.

Simbolik penyerahan tangki air tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simujan, Awla Dris di Dewan Simunjan Chinese Charitable Trust Society pada Isnin.

Turut dimaklumkan, bagi DUN Simunjan sahaja, seramai 846 orang akan menerima tangki air untuk tahun ini yang akan diagihkan secara berperingkat.

Pemanca Liew Wee Tchiun ketika ditemui, merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan tangki air kepada masyarakat Cina di Pekan Simunjan.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak, Ahli Parlimen Batang Sadong dan ADUN Simunjan kerana telah menyumbangkan tangki air kepada masyarakat Cina di Pekan Simunjan.

“Pemberian tangki air ini sungguh bermakna di mana ia menunjukkan keprihatian kerajaan negeri dan wakil rakyat kepada masyarakat Cina di sini tanpa memilih kaum dan bangsa,” katanya.

Tambahnya, sebagai masyarakat Cina di kawasan Simunjan, beliau berasa sangat bangga dengan Kerajaan Negeri Sarawak kerana banyak membantu serta membawa pembangunan di kawasan Simunjan.

Sementara itu, Kapitan Lee Kiet Pin turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak kerana menyumbangkan tangki air tersebut bagi mengatasi masalah ketiadaan air dan musim kemarau.-EDISI UKAS