Berita

Daerah Meradong Bertukar Ke Zon Merah, ACD Dilaksanakan Di Kawasan Zon 7 Tiong Hua
Tarikh : 23 Feb 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

Daerah Meradong Bertukar Ke Zon Merah, ACD Dilaksanakan Di Kawasan Zon 7 Tiong Hua

SELASA, 23 FEBRUARI 2021

KUCHING: Daerah Meradong hari ini telah bertukar ke status Merah selepas mencatat sejumlah 67 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. 

JPBN Sarawak turut memaklumkan Daerah Betong dan Kanwoit masing-masing bertukar status kepada Jingga setelah merekodkan sejumlah 22 kes dan 37 kes dalam tempoh 14 hari. 

Manakala, Daerah Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah. 

Sementara itu, pada 20 dan 21 Februari 2021, kawasan Zon 7 (Tiong Hua) di Daerah Sibu telah menjalankan aktiviti Active Case Detection (ACD) dengan 1,207 sampel telah diambil dan sebanyak 8 sampel positif COVID-19. -EDISI UKAS