Berita

Sarawak Catat 133 Kes Positif COVID-19, 2 Lagi Kes Kematian
Tarikh : 23 Feb 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

Sarawak Catat 133 Kes Positif COVID-19, 2 Lagi Kes Kematian

SELASA, 23 FEBRUARI 2021

KUCHING: Sarawak hari ini mencatat 133 kes positif COVID-19 menjadikan angka keseluruhan berjumlah 8,164 kes. 

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Selasa, Daerah Meradong mencatat kes paling tinggi dengan 36 kes. 

“Daerah-daerah lain yang mencatat kes positif COVID-19 ialah Sibu 28 kes, Betong 17 kes, Samarahan 13 kes, Kuching 12 kes, bintulu 8 kes, Julau 6 kes, Subis 6 kes, Miri 3 kes dan Saratok, Kanowit, Beluru dan Dalat masing-masing satu kes,” katanya. 

Sementara itu, Sarawak turut terus mencatat kes kematian COVID-19 apabila dua lagi kes kematian dicatatkan menjadikan jumlahnya meningkat kepada 76 orang. 

“Kes kematian ke-75 merupakan kes ke-5,850 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 41 tahun dan berasal dari Sibu yang telah mendapat rawatan di Hospital Sibu. 

“Kes mengalami gejala seperti demam dan batuk selama beberapa hari dan didapati positif pada 8 Februari 2021 dengan keadaan kesihatan kes semakin merosot dan telah disahkan meninggal dunia pada 22 Februari 2021. 

“Manakala, kes kematian ke-76 merupakan kes ke-6,668 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 74 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu apabila keputusan bagi ujian rT-PCR sebagai saringan kontak rapat adalah positif COVID-19. 

“Kes tidak mengalami sebarang tanda dan gejala COVID-19 sebelum ini. Bagaimanapun, keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 23 Februari 2021. 

“Kes mempunyai ko-morbid Parkinson dan berasal dari Daerah Sibu dan mempunyai perkaitan di dalam Kluster Geronggang,” ujarnya. -EDISI UKAS