Berita

Sarawak sekat import babi, produk babi dari Sabah
Tarikh : 22 Feb 2021  Sumber Berita: Astro Awani
 

Sarawak sekat import babi, produk babi dari Sabah

Bernama
Februari 22, 2021 20:05 MYT
Sarawak sekat import babi, produk babi dari Sabah
Uggah nasihatkan orang ramai di Sarawak supaya tidak membeli atau membawa masuk babi serta produk babi dari Sabah atau negara-negara jiran. - Bernama
KUCHING: Sarawak menghentikan import babi, daging babi dan produk babi dari Sabah berkuat kuasa serta merta susulan berita melaporkan lapan daripada 13 sampel babi dari Pitas, Sabah diuji positif dengan jangkitan virus demam babi Afrika (ASF).
Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata sekatan itu dibuat di bawah Seksyen 8 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau menasihatkan orang ramai di Sarawak supaya tidak membeli atau membawa masuk babi serta produk babi dari Sabah, atau negara-negara jiran.