Berita

25 kluster COVID-19 masih aktif di Sarawak
Tarikh : 24 Feb 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

25 kluster COVID-19 masih aktif di Sarawak

  •  2021-02-24T18:15:46+08:00
 

KUCHING: Kluster Sungai Bakong, Meradong mencatatkan pertambahan 65 kes positif baharu COVID-19, tertinggi berbanding 24 kluster lain masih aktif di Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dengan kes baharu, jumlah keseluruhan kes menerusi kluster membabitkan asrama sekolah itu meningkat kepada 65. Sejumlah 621 individu telah disaring, dan daripada jumlah itu 240 negatif dan 259 masih menunggu keputusan makmal.

Tiada pertambahan kluster baharu di Sarawak.

Kluster Emperoh Jambu, Kuching pula terdapat penambahan 31 kes, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 101 kes. Sejumlah 510 individu telah disaring dan daripada jumlah itu 164 negatif dan 245 masih menunggu keputusan makmal.

Bagi Kluster Gelong, Kapit, terdapat penambahan 14 kes, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 105 kes. Sejumlah 152 individu telah disaring dan daripada jumlah itu, 47 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal. 

Kluster Jalan Muhibbah, Betong terdapat penambahan limas kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 23 kes. Sejumlah 209 individu telah disaring dan daripada jumlah itu, 66 negatif dan 120 masih menunggu keputusan makmal.

Kluster Geronggang, Sibu, terdapat penambahan satu kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 43 kes. Sejumlah 60 individu telah disaring dan daripada jumlah itu, 17 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching, terdapat penambahan satu kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 45 kes. Sejumlah 200 individu telah disaring dan daripada jumlah itu,155 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

Kluster Pasai, Sibu, terdapat penambahan satu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2649 kes. Sejumlah 40,000 individu telah disaring dan daripada jumlah itu, 37,189 negatif dan 162 masih menunggu keputusan makmal.

JPBNS turut menyenaraikan kluster-kluster yang tiada penambahan kes, ia terdiri daripada:

  • Kluster Jalan Green, Kuching
  • Kluster Kejatau, Sri Aman
  • Kluster Jan Yong, Kapit
  • Kluster Mas Merah, Sibu
  • Kluster Univista, Samarahan
  • Kluster Kidurong Dua, Bintulu
  • Kluster Nanga Lijan, Julau
  • Kluster Seruas, Beluru
  • Kluster Sebangkoi, Sri Aman
  • Kluster Jun Heng, Bintulu
  • Kluster Bintang Daily, Meradong
  • Kluster Jalan Pengiran, Matu
  • Kluster Tabong, Bau
  • Kluster Indah Riang, Kuching
  • Kluster Bedayan, Serian
  • Kluster Rakut, Miri
  • Kluster Bukit Sekubong, Sebauh
  • Kluster Jelita, Miri