Berita

Angka tertinggi kes harian COVID-19 di Sarawak
Tarikh : 24 Feb 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

Angka tertinggi kes harian COVID-19 di Sarawak

  •  2021-02-24T17:32:49+08:00
 

KUCHING: Kes positif baharu COVID-19 di Sarawak mencatat angka tertinggi apabila 353 kes baharu dilaporkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata daripada jumlah tersebut, 181 di Sibu, Meradong (67), Kuching (31), Bintulu (22), Kapit (18), Miri (8), Subis (8), Betong (6), Bau (3), Dalat (3), Samarahan (2), Kanowit (1), Saratok (1), Julau (1) dan Serian (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 8,650 kes.

Tiada kematian direkodkan hari ini.

Mengenai pesakit yang masih menerima rawatan atau pengawasan, JPBNS berkata terdapat 139 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ia terdiri daripada 78 pesakit di Hospital Sibu, Hospital Miri (21), Hospital Umum Sarawak (18), pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 risiko rendah (PKRC) di bawah Hospital Kapit (15), Hospital Bintulu (5) dan PKRC di bawah Hospital Sarikei (2).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 6,238 orang,” kata JPBNS menerusi kenyataan.

Bagi jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,306 orang.

Untuk kategori ini, 1,149 kes di Hospital Sibu, Hospital Umum Sarawak (332), Hospital Bintulu (240), Hospital Miri (234), Hospital Kapit (PKRC Kapit) (173), Hospital Sarikei (152) dan Hospital Sri Aman (PKRC Sri Aman) (26).

Sebanyak 375 PUI baru dilaporkan dan 23 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.