Berita

Muhyiddin pastikan Sabah, Sarawak dapat layanan adil
Tarikh : 28 Feb 2021  Sumber Berita: Astro Awani
 

Muhyiddin pastikan Sabah, Sarawak dapat layanan adil

Bernama
Februari 28, 2021 20:14 MYT
Muhyiddin pastikan Sabah, Sarawak dapat layanan adil
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Wawancara Khas Bersama Perdana Menteri dengan beberapa organisasi media sempena setahun beliau menjadi perdana menteri di kediamannya di Bukit Damansara, di sini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan memastikan Sabah dan Sarawak diberi layanan adil dalam pelbagai aspek, seiring dengan pewujudan portfolio Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Mengambil kira jurang Sabah dan Sarawak yang masih jauh tertinggal dalam pelbagai aspek, perdana menteri melahirkan pandangan bahawa terdapat banyak lagi usaha yang perlu dibuat bagi meletakkan kedua-dua negeri berkenaan agar setara dengan Semenanjung.
Sabah dan Sarawak mesti diberikan layanan yang sama adil sebab itu saya adakan (lantik) Menteri yang mengurus Sabah dan Sarawak, MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) kita teliti, halusi, sebahagian kita dah bersetuju bersama-sama," katanya dalam wawancara khas bersama Bernama dan beberapa organisasi media sempena setahun beliau memegang jawatan perdana menteri di kediamannya di Bukit Damansara, di sini.