Berita

Program Imunisasi COVID-19 Libatkan 940 Petugas KKM Bahagian Sri Aman Bermula
Tarikh : 27 Feb 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

Program Imunisasi COVID-19 Libatkan 940 Petugas KKM Bahagian Sri Aman Bermula

SABTU, 27 FEBRUARI 2021

SRI AMAN: Proses suntikan vaksin COVID-19 melibatkan seramai 940 petugas kesihatan Bahagian Sri Aman bermula pada Sabtu.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman, Dr. Euphrasia Bari memberitahu, seramai 495 orang staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Sri Aman akan menerima vaksin di Klinik Kesihatan Sri Aman dan Klinik Kesihatan Lubok Antu.

Manakala ujarnya, seramai 445 orang lagi petugas kesihatan menerima vaksin COVID-19 di Hospital Sri Aman.

“Proses pemberian vaksin COVID-19 ini juga melibatkan petugas barisan hadapan lain bermula 28 Februari sehingga 1 Mac 2021 di pusat pemberian vaksin yang ditetapkan,” katanya.

Tambah Dr Euphrasia, program vaksinasi fasa kedua pula akan bermula pada April 2021 dengan melibatkan semua pesakit kronik dan warga emas di Bahagian Sri Aman.

“Program vaksinasi fasa ketiga pula akan melibatkan semua masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas.

“Jadi, saya berharap semua masyarakat di Bahagian Sri Aman bersedia untuk menerima vaksin bagi membendung jangkitan COVID-19 dalam komuniti,” jelasnya. -EDISI UKAS