Berita

14 Premis Daerah Sri Aman Patuh SOP PKPB
Tarikh : 26 Feb 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

14 Premis Daerah Sri Aman Patuh SOP PKPB

JUMAAT, 26 FEBRUARI 2021

SRI AMAN : Sebanyak 14 buah premis perniagaan yang beroperasi di daerah Sri Aman telah dipantau pematuhan garis panduan (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pada Khamis.

Menerusi tinjauan pihak penguatkuasa, pemilik premis dan para pekerja mematuhi garis panduan yang ditetapkan dengan penyediaan pengesan suhu, cecair pencuci tangan, buku senarai nama pelanggan beserta QR Kod Mysejahtera.

Senarai premis yang diperiksa adalah Hoover Trading Company, Kentucky Fried Chicken (KFC), OK Office & School Suppliers, JF Time & Studio, CCK, Borneo Food Court, One Stop, Golden Auto Accessorie Service Centre, Fun Food, Merril Ceramic Trading, Peony Gift, Syarikat Wijaya, Golden Mobile dan Watson Plaza. -EDISI UKAS