Berita

COVID-19: Sarawak rekod 835 kes baharu, dua lagi kematian
Tarikh : 18 Aug 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Sarawak merekodkan 835 kes baharu positif COVID-19 hari ini dengan 698 kes adalah kategori 1 (83.59 peratus) iaitu tiada gejala.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini, berkata sementara 136 kes adalah kategori 2 (gejala ringan), tiada kes bagi kategori 3 (Jangkitan Paru-paru) dan 4 (Jangkitan Paru-paru dan Memerlukan Oksigen) dan satu kes direkodkan bagi kategori 5 (Jangkitan Paru-paru dan Memerlukan Ventilator).

"Daripada 835 kes baharu ini, daerah Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 464 kes, diikuti Samarahan (142), Serian (40), Pusa (33), Bau (22), Simunjan (17), Bintulu (15), Lundu (15), Sibu (10) dan Sri Aman (10).

"Antara daerah lain merekodkan kes, Tebedu (8), Mukah dan Song (7), Miri (6), Tatau (5), Lawas (3), Kapit, Asajaya, Kabong, Subis dan Selangau masing-masing (2) dan Sarikei, Lubok Antu, Saratok, Belaga, Sebauh dan Bukit Mabong masing-masing (1)," katanya.

Menurut jawatankuasa ia sekali gus jumlah kes keseluruhan di negeri ini meningkat kepada 89,407 kes.

JPBNS berkata, Sarawak turut merekodkan dua kematian akibat jangkitan COVID-19 yang menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 489.

"Kes kematian ke-488 melibatkan lelaki berusia 79 tahun berasal dari Kanowit yang disahkan positif COVID-19 pada 12 Ogos lepas dan meninggal dunia di Hospital Sibu. Kes mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan strok.

"Sementara kes kematian ke-489 melibatkan wanita berusia 77 tahun berasal dari Serian yang disahkan positif pada 11 Ogos dan meninggal di Hospital Umum Sarawak. Kes mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipdemia," katanya.

Jawatankuasa berkata daripada 835 kes baharu 439 kes adalah individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 sementara 187 kes adalah individu dalam kluster aktif dan 61 kes adalah daripada saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.

Manakala 145 kes adalah lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan tiga kes adalah hasil saringan individu yang baru pulang atau masuk dari negeri-negeri lain di Malaysia (Import B).