Berita

Berhati-hati dengan varian Delta di Sarawak
Tarikh : 18 Aug 2021  Sumber Berita: Sarawak Voice
 

KUCHING: Kes varian Delta yang dikesan di negeri ini menunjukkan peningkatan mendadak.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),  Prof Dr David Perera berkata, jumlah keseluruhan bagi kadar pengesanan mencatatkan lebih 73 peratus berbanding 50 peratus pada 3 Ogos lalu.

Menerusi laporan beliau kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Rabu, kadar pengesanan varian Delta untuk bahagian Kuching sahaja adalah sekitar 90 peratus.

“Varian ini juga terus dikesan di Bau, Lundu, Kota Samarahan, Simunjan, Miri dan Bintulu, manakala enam varian Delta dikesan di Sibu.

“Sejumlah 249 ‘Variant of Concern’ (VOC) dan’ Variant of Interest’ (VOC) dikesan dari 338 kes positif COVID-19 dan jumlah kumulatif VOC/VOI adalah 592 telah dikesan di Sarawak pada 10 Ogos 2021,” katanya.

Prof Dr David menambah, daripada jumlah tersebut, 248 kes adalah merupakan Varian Delta (B.1.617.2) dan terdapat satu kes VOI Indonesia (B.1.466 2) yang baru-baru ini dikesan di Bintulu.