Berita

COVID-19: Sarawak rekod 1,206 kes baharu, 952 tiada gejala
Tarikh : 20 Aug 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Sarawak mencatatkan 1,206 kes baharu COVID-19 harı ini dengan 1,201 atau 99.59 peratus kes adalah kategori 1 dan 2 iaitu tiada gejala dan empat kematian baharu direkodkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini berkata, daripada keseluruhan kes hari ini, satu kes direkodkan bagi kategori 3 sementara tiga kes kategori 4 dan satu kes kategori 5. 

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak setakat ini meningkat kepada 92,016.

“Daripada 1,206 kes baharu, daerah Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 291 kes diikuti Serian (183), Samarahan (126), Bau (88), Simunjan (83), Lundu (66), Belaga (46), Bintulu (38), Tatau dan Asajaya (37), Pusa (32), Sibu (31), Mukah (21), Kanowit (20), Selangau (15), Tebedu dan Subis (12) dan Sri Aman serta Dalat (10),” katanya.

Turut merekodkan kes hari ini Saratok (8), Betong (6), Miri, Kapit dan Julau (5), Lubok Antu dan Song (4), Meradong (3), Beluru (2) manakala Sarikei, Kabong, Lawas, Daro, Sebauh dan Telang Usan masing-masing (1).

“JPBNS memaklumkan hari ini empat kematian direkodkan yang sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 495.

“Kematian ke-492 melibatkan lelaki berusia 56 tahun dari Tatau yang disahkan COVID-19 pada 26 Julai dan meninggal dunia di Hospital Bintulu.

“Kes kematian ke-493 melibatkan lelaki berusia 59 tahun dari Kuching yang disahkan positif pada 8 Ogos 2021 dan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak,” katanya.

JPBNS berkata bagi kes kematian ke-494 melibatkan lelaki berusia 71 tahun dari Kuching yang disahkan positif pada 12 Ogos 2021 dan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.

Manakala kematian ke-495 juga melibatkan lelaki dari Kuching berusia 69 tahun yang disahkan positif pada 14 Ogos dan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.

Jawatankuasa berkata kesemua kes kematian mempunyai penyakit ko-morbid.