Berita

COVID-19: 1,772 kes baharu, satu kematian di Sarawak
Tarikh : 23 Aug 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Kes harian COVID-19 di Sarawak merekodkan sebanyak 1,772 kes baharu hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini kini 98,300.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, 1,768 atau 99.77 peratus daripada kes tersebut merupakan kategori 1 iaitu tiada gejala dan kategori 2 (gejala ringan).

Manakala katanya, dua kes atau 0.11 peratus masing-masing kategori 4 (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan kategori 5 (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

“Daerah Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 725 kes diikuti Samarahan (242), Bau (167), Lundu (129), Serian (99), Belaga (82), Tatau (58), Sibu (46), Bintulu (39)  dan Mukah (36).

“Lain-lain kes dikesan di Asajaya (20), Pusa (17), Simunjan (16), Miri (14), Tebedu (14), Dalat (10), Sri Aman (9), Subis (9), Saratok (6), Lawas (5), Selangau (5), Song (4), Kapit (3), Lubok Antu (3), Kanowit (3), Daro (2), Betong (2), Limbang (2), Beluru (2) Matu (2) dan Sebauh (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS turut memaklumkan satu kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian kini seramai 498 orang.

“Kematian ini melibatkan lelaki tempatan berumur 75 tahun dari daerah Lubok Antu di mana jenazahnya dibawa ke Hospital Sri Aman,” katanya.

Sementara itu, terdapat 620 kes pulih dan dibenar discaj hari ini 

Manakala jumlah kes yang masih aktif dan mendapat rawatan serta diasingkan di wad hospital dan PKRC sebanyak 15,092 kes.