Berita

ADUN Batang Ai Lawat Projek Naik Taraf Prasarana Kampung Iban, Lubok Antu
Tarikh : 25 Aug 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

LUBOK ANTU: Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh melakukan lawatan projek prasarana bagi menaik taraf prasarana Kampung Iban, Lubok Antu pada Isnin.

Projek menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM200,000 tersebut sedang giat dilaksanakan bermula pada 25 Mac dan dijangka siap pada 8 Oktober 2021.

Dalam pada itu, Datuk Dr Malcolm turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Utiliti Sarawak bagi peruntukan Projek ‘Last Miles RES’ Fasa 2 di kawasan Engkari dan Lemanak.

Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Menteri Utiliti Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom. –EDISI UKAS