Berita

Kes COVID-19 di Sarawak meningkat lagi dengan 2,024 kes baharu, dua kematian
Tarikh : 27 Aug 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Kes baharu COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 2,024 kes hari ini dengan 99.85 peratus atau 2,021 kes adalah daripada kategori 1 dan 2 berbanding 1,667 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata hanya 3 kes atau 0.15 peratus kategori 3, 4 dan 5. 

“Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi 848 kes diikuti Samarahan (200), Serian (198), Sibu (161), Bau (80), Song (67), Asajaya (61), Simunjan (54), Bintulu (47), Tebedu (44) dan Pusa (41). 

“Lain-lain kes dikesan di Tatau (26), Mukah (25), Sri Aman (23), Belaga (21), Selangau (18), Betong (15), Kapit (15), Pakan (14), Meradong (13), Sarikei (10), Subis (10), Lundu (6), Saratok (6), Miri (5) dan Beluru (5). 

“Manakala Dalat merekodkan empat kes, Limbang (3), Sebauh (2) dan masing-masing satu kes di Lubok Antu dan Matu menjadikan keseluruhan kes positif di Sarawak kini 105, 072 kes,” katanya. 

JPBNS turut memaklumkan terdapat dua kes kematian baharu akibat COVID-19 menjadikan jumlah kematian bertambah kepada seramai 510 orang. 

Kes kematian ke-509 katanya melibatkan lelaki tempatan, 78, manakala kes kematian ke-510 melibatkan perempuan tempatan, 85. 

Kedua-dua kes katanya berasal dari Kuching dan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS). 

Terdapat 451 kes pulih dan dibenar discaj hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kini seramai 85,884 orang manakala jumlah kes masih aktif 18,584. 

Dalam pada itu Daerah Meradong telah bertukar status dari Kuning kepada Jingga setelah merekodkan 25 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas. 

Hanya dua daerah kekal berstatus Hijau, tujuh daerah berstatus Kuning, enam daerah berstatus Jingga dan 25 daerah berstatus Merah.