Berita

87 peratus penduduk Sarawak sudah terima dua dos
Tarikh : 27 Aug 2021  Sumber Berita: Sarawak Voice
 

KUCHING: Sarawak negeri kedua tertinggi dari segi jumlah penduduknya yang lengkap menerima dua dos vaksin (1,799,671) dan ketiga tertinggi (1,871,321) bagi dos pertama setakat 24 Ogos lalu di negara ini.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor merekodkan 5,301,004 penduduknya lengkap dua dos vaksin, Johor (1,091,152), Sabah (897,704), Perah (797,317) dan Pulau Pinang (669,403).

Kira-kira 87.1 peratus atau 1,799,671 individu layak di Sarawak telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat 24 Ogos 2021.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed, kira-kira 90.6 peratus atau 1,871,321 telah menerima suntikan dos pertama.

“Keseluruhannya 2,066,000 populasi di negeri ini layak menerima suntikan vaksin Covid-19 dengan tiga bahagian merekodkan peratusan penduduk lengkap dua dos melebihi seratus peratus Samarahan (105.2 peratus), Serian (102.3 peratus) dan Bintulu (101.1 peratus),” katanya.

Jelasnya, enam bahagian merekodkan peratusan penduduk lengkap dua dos melebihi 80 peratus Kuching (84.0 peratus), Betong (85.9 peratus), Sarikei (80.7 peratus), Sibu (87.1 peratus), Mukah (89.2 peratus) dan Miri (85.9 peratus).

“Manakala tiga lagi bahagian masih merekodkan peratusan penduduk lengkap dua di bawah 80 peratus Sri Aman (74.6 peratus), Kapit (68.3 peratus) dan Limbang (77.2 peratus),” jelasnya.