Berita

Bot nelayan dihiasi Jalur Gemilang menyusuri Sungai Batang Lupar
Tarikh : 02 Sep 2021  Sumber Berita: Sarawak Voice
 

SIMANGGANG: Bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64, sebanyak 15 bot nelayan yang dihiasi Jalur Gemilang menyusuri Sungai Batang Lupar pada Selasa.

Perarakan terbabit bermula dari dermaga baru pasir panas menyusuri Sungai Batang Lupar hingga ke Kampung Hilir Simanggang.

Inisiatif itu diambil bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan nelayan dan orang awam sekaligus memberikan kesedaran dalam memerangi COVID-19.

Lebih menarik, semua peserta menggunakan peruntukan sendiri bagi membeli Jalur Gemilang dan dipasang pada bot masing-masing dan mereka membawa keluarga masing-masing untuk menunjukkan semangat kebangsaan.

Difahamkan, sebuah bot dipasang dengan menggunankan lima Jalur Gemilang di sudut tertentu bagi memastikan bendera dapat berkibar dengan megah.