Berita

SEB hulur bantuan kepada 225 penghuni Rumah Endawie Janting
Tarikh : 06 Sep 2021  Sumber Berita: Sarawak Voice
 

LUBOK ANTU: Seramai 225 penduduk yang mewakili 60 pintu Rumah Endawie Janting, Nanga Jela SPS Fasa 2 menerima sumbangan bakul makanan daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) pada Jumaat.

SEB dalam pada itu berharap bantuan itu tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk rumah panjang tersebut yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 31 Ogos sehingga 13 September depan.

Bantuan tersebut telah diserahkan kepada Tuan Rumah Endawie Janting yang juga Pengerusi JKKK Nanga Jela bagi mewakili penduduk di pos kawalan masuk ke Nanga Jela.

Menurut Endawie, pihaknya merakamkan terima kasih kepada SEB Batang Ai di atas keprihatinan pihaknya menyantuni penghuni di kawasan tersebut yang sedang menjalani PKPD.