Berita

15 KIR Rumah Ubam Di Engkilili Terima Bantuan Makanan
Tarikh : 10 Sep 2021  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak
 

ENGKILILI: Penduduk Rumah Ubam, Lio, Batang Ai yang menjalani kuarantin menerima bantuan bakul makanan daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Engkilili pada Rabu.

Penerima bantuan melibatkan 15 Ketua Isi Rumah (KIR) rumah panjang tersebut yang dikuarantin sejak 1 September lepas hingga 14 September ini.

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditugaskan bagi memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Penduduk yang terlibat merakamkan penghargaan kepada PBB Engkilili atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan. –EDISI UKAS